Meskipun hidupku tidak bererti lagi
Lalu kau sinarkan harapan dikala sunyi
Di dalam samudera hidup ini
Bersamamu kurasa bahagia dijiwa
Walaupun pasti lebih banyak pahitnya
Kita tetap bersama harungi suka dan duka
Kerana dikau selalu ada
{*korus } Setiap bicaramu menenangkan jiwaku
Senda gurau tawamu kian menusuk kalbuku
Ku ketawa ku gembira kerana dikau sahabat yang ada
dikala susah dan senang bersama (2X)
Kau sahabatku yang tidak kenal erti jemu
Memberi inspirasi perjuangan dalam hidupku
Memori persahabatan ini akan ku pahat dihati
Agar ikatan kita kekal abadi…..
Kau sahabatku ………………